

KUALA LUMPUR,13 ogos(Hrkh)-Vokalis utama Mohammad Asri ibrahim
(usataz Asri) kembali ke rahmattullah sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan
di RTM kira-kira 11.15 pagi ini.
menurut saksi,Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan
itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
sementara itu,Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas
pemasaran kumpulan nashid itu mengesahkan berita
tersebut.
Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran
kumpulan rabbani mengesahkan bahawa usataz Asri meninggal dunia
selepas rebah di RTM.
Thursday, August 13, 2009
Ustaz Asri(pergi tak kembali)
Posted by Ubaid Madani at 4:51 PM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
Posted by Ubaid Madani at 6:10 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
TANDA-TANDA H1N1&DEMAM DENGGI
Tanda-tanda A(H1N1)
-Demam
-Batuk
-Sakit tekak
-Sakit badan
-Pening kepala
-Sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah
Tanda-tanda demam denggi
-demam kuat secara mengejut
-demam beterusan
-sakit teruk pada tulang-tulang,otot,sendi dan biji mata
-ruam@bintik merah pada kulit
-pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi
-sakit kepala
-hilang selera makan
-muntah-muntah
-sakit perut
-gatal-gatal pada badan
Jika terdapat tanda-tanda yg mencurigakan cepat-cepatlah bawa ke klinik.X rugi duit jika
dibandingkan dengan nyawa yang tersayang.
Posted by Ubaid Madani at 5:32 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
JANGAN MELUDAH DI TEMPAT AWAM
Dalam hadis ada mengatakan yang "Kebersihan sebahagian daripada iman" dan kita sebagai
orang islam mesti menjaga kebersihan supaya kita tidak dapat penyakit. Kalau kita jaga
kebersihan boleh lah kita beribadat kepada Allah dengan selesa.
Posted by Ubaid Madani at 6:49 AM 0 comments
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
BERDAKWAH DI SEKOLAH
Dakwah adalah tangungjawab setiap umat Nabi Muhammad s.a.w untuk
mengembangkan islam.Sebagai seorang guru, nyata ia bukan perkara
enteng, lebih-lebih lagi bagi guru pendidikan Islam.
Umum mengetahui tugas seorang guru pendidikan Islam adalah
menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya.Menghapuskan
kejahilan, mempekukuhkan amalan, menerapkan nilai-nilai murni,
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tugas ini sudah dianggap sebagai dakwah dan ibadah.Begitulah ber-
tuahnya guru pendidikan Islam yang sudah tersedia jalan menuju
keredaan Allah s.w.t Di samping menjalankan tugas sebagai pendidik,
sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah yang nyata seiring dengan
tugas hakiki mendidik anak bangsa.
Selain itu,mereka juga adalah pakar rujuk terutama dalam selok belok
agama bagi warga guru dan kakitangan sekolah.Inilah peluang yang
seharusnya dimanfaatkan oleh guru pendidikan islam di dalam meneruskan
kesinambungan misi dakwah Nabi Muhammad s.a.w
Allah s.w.t berfirman bahawa umat Muhammad s.a.w adalah yang terbaik
diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
sepertimana dinyatakan dalam surah al-Imran ayat 110:
"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada
Allah.Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara
mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang
fasik."(al-Imran ayat 110)
Posted by Ubaid Madani at 4:47 PM 1 comments









